Cortex Digital Studio · Demo

Chatbot untuk website & WhatsApp bisnes anda

Satu bot yang sama boleh duduk di website client sebagai butang chat terapung, atau jawab terus dalam WhatsApp client. Pilih jenis bisnes dan paparan di bawah, kemudian cuba chat.

Jenis bisnes
Paparan
laman-web-client.com

Butang chat ada di bucu kanan bawah skrin

Tonton dalam 1 minit

Chatbot jawab pelanggan klinik, kedai & homestay

Tempah temujanji, order dan booking terus dalam chat, siap dengan no. rujukan, kiraan harga dan deposit. Pelanggan dapat jawapan dalam saat, owner tak perlu pegang telefon 24 jam.

Pasang di website client

Tampal satu baris kod sebelum tag </body>. Jalan di WordPress, Wix, Shopify dan website HTML biasa.

  1. Salin kod di bawah
  2. WordPress: plugin WPCode → Footer. Wix: Settings → Custom Code. HTML: tampal sebelum </body>
  3. Simpan, buka website, butang chat muncul di bucu kanan bawah

Sambung ke WhatsApp client

Dua cara, ikut bajet client.

Butang "Hantar ke WhatsApp" Siap dalam widget Bila tempahan siap, pelanggan tekan butang dan ringkasan tempahan masuk ke WhatsApp owner. Cuma set nombor dalam data-wa. Tiada kos bulanan.
Bot penuh dalam WhatsApp Cloud API Bot jawab terus dalam WhatsApp client (paparan WhatsApp di atas). Perlu akaun Meta Business dan sambungan server. Ada caj mesej Meta untuk mesej yang bisnes mulakan.
Bila pelanggan nak manusia Taip staf, bot hantar terus ke WhatsApp staf. Bot tak ganti staf, cuma jawab soalan berulang.

Nama bisnes, harga dan maklumat dalam demo ini adalah contoh rekaan.