KlinikSatu
Sistem klinik all-in-one: rekod pesakit & konsultasi, temujanji, CRM follow-up, chatbot AI dan inventori ubat dalam satu tempat.
Saya datang dari bidang kesihatan, dengan pengalaman mengurus data pesakit, laporan dan audit klinikal. Saya faham sendiri betapa banyak masa staf habis pada kerja manual, rekod bertaburan dan laporan yang dikira satu persatu.
Dari situ saya mula membina sistem sendiri: registry pesakit, penyelarasan keputusan makmal, dashboard audit dan temujanji. Kini melalui Digital Systems Studio, saya membina sistem yang sama untuk klinik, hospital, sekolah, kedai dan syarikat.
Faham workflow klinik dari dalam: data pesakit, laporan bulanan, audit klinikal dan pengendalian data mengikut PDPA.
Registry pesakit, sync keputusan makmal, dashboard audit dan peringatan temujanji yang dibina dari kosong untuk kegunaan harian.
Sistem web, dashboard dan automasi untuk klinik, hospital, sekolah, kedai dan syarikat. Kod penuh diserahkan kepada pelanggan.
Proses yang telus, tangkas dan tidak membebankan anda dengan istilah teknikal yang mengelirukan.
Cerita bagaimana kerja anda dibuat sekarang. Di mana masa paling banyak terbuang dan di mana kesilapan selalu berlaku.
Saya pecahkan workflow dan tentukan fungsi yang benar-benar diperlukan tanpa membazirkan kos pada ciri yang tidak penting.
Prototip dibina dan diuji dengan contoh data sebenar organisasi anda supaya staf dapat mencuba sebelum pelaksanaan penuh.
Sistem diserahkan berserta kod penuh dan panduan penggunaan, serta boleh terus dikembangkan mengikut keperluan masa hadapan.
Tiada komitmen besar sebelum anda nampak apa yang akan dibina. Saya bina demo konsep terlebih dahulu.
Fokus saya ialah memastikan sistem yang dibina benar-benar menyelesaikan beban harian anda, bukannya menambah masalah baru kepada staf.
Bukan sekadar menulis kod. Saya faham bagaimana staf, kaunter dan pengurusan bekerja setiap hari.
Antaramuka bersih supaya sesiapa sahaja boleh guna tanpa latihan berhari-hari.
Boleh dibuka dengan pantas dari telefon, tablet atau laptop di mana sahaja.
Fleksibel mengikut perubahan proses organisasi anda pada bila-bila masa.
Anda memiliki sistem sepenuhnya tanpa yuran bulanan tersembunyi.
Perlu ubah atau tambah sesuatu? Permintaan biasanya selesai dalam masa 24 jam.
Software yang baik bukan yang paling kompleks. Software yang baik ialah yang membuat kerja menjadi lebih mudah.
Saya bina sistem web, dashboard dan automasi yang menyelesaikan kerja sebenar — daripada rekod klinik dan operasi sekolah hingga invois, laporan dan sistem dalaman.
Banyak kerja harian masih bergantung pada WhatsApp, Excel, Google Sheets, borang dan copy-paste. Saya bantu tukarkan proses itu menjadi sistem yang lebih tersusun.
Maklumat berada di banyak tempat, bercampur antara fail Excel dan chat mesej sehingga susah untuk dijejaki.
Staf menghabiskan masa berjam-jam membuat perkara sama setiap hari seperti entri data dan peringatan manual.
Data ada bertimbun, tetapi lambat ditukar menjadi maklumat yang berguna apabila keputusan pantas diperlukan.
Software sedia ada di pasaran terlalu mahal atau sarat fungsi yang tidak relevan dengan workflow sebenar organisasi anda.
Bukan template sedia ada. Setiap perisian dibangunkan secara spesifik mengikut alur kerja khusus organisasi anda.
Web apps yang dibina khusus untuk workflow dan keperluan operasi unik organisasi tanpa bebanan ciri yang tidak perlu.
Dashboard untuk melihat operasi harian, prestasi kewangan, dan data kritikal dengan paparan ringkas dan jelas.
Kurangkan kerja manual dengan automasi proses yang berulang menggunakan integrasi webhook, emel, dan mesej.
Gabungkan data daripada pelbagai sumber dan hasilkan laporan berkala yang automatik serta mudah dieksport.
Sistem dalaman untuk staf merekod kedatangan, pengurusan stok inventori, tuntutan perbelanjaan, dan log kerja.
Gunakan kecerdasan buatan secara praktikal untuk ekstraksi dokumen, auto-kategorisasi fail, carian semantik dan peramalan.
24 sistem untuk klinik, sekolah, kedai dan syarikat. Cuba demo terus tanpa install, atau tanya harga melalui WhatsApp.
Sistem klinik all-in-one: rekod pesakit & konsultasi, temujanji, CRM follow-up, chatbot AI dan inventori ubat dalam satu tempat.
CRM hospital penuh: bil & kutipan ikut panel/insurans, import data Medicsoft, stok ubat & disposable untuk 4 department (Induk, Inpatient, OT, Outpatient), laporan stok bulanan dan AI pembantu.
Dashboard CRM moden: profil & sejarah lawatan pesakit, kalendar temujanji, stok farmasi dengan amaran stok rendah & hampir luput, dan import data Medicsoft.
Urus lawatan sekolah, saringan murid dan rawatan dalam satu sistem. Klik carta gigi, indeks DMFX dan dft dikira sendiri.
Penilaian luka ikut borang KKM WC 302 & WC 301. Tanda lokasi luka atas model 3D badan dan kaki, gambar terus ke Google Drive.
Gabungkan beberapa Google Sheet makmal dalam satu web app. Taip No. IC, semua keputusan pesakit keluar dalam satu popup.
PDF keputusan darah dalam emel dibaca sendiri, setiap ujian diekstrak, Tinggi/Rendah ditanda dan disimpan ikut No. IC pesakit.
Booking, dashboard kehadiran, tracing tak hadir, TCA & reconfirm, sync Google Calendar dan ingatan WhatsApp H-1.
Jadual doktor pakar ikut hari dan klinik, kuota harian, block tarikh cuti, TCA, tracing dan rekod consulted cases.
Daftar New Case, T/IN, F/UP dan discaj. Rekod masa daftar dan mula rawatan untuk kira masa menunggu, reten harian dan bulanan.
Tanya khabar D1 selepas rawatan, ingatan ubat bulanan dan borang rating pesakit. Staf tekan satu butang, mesej WhatsApp siap diisi.
Temujanji dan pesakit dengan nombor giliran pintar, jadual doktor bertugas dan panggilan giliran bersuara.
Pesakit dipindah ke tab tarikh TCA seterusnya dengan satu klik, terus dalam Google Sheets klinik.
Keputusan HbA1c dipadankan dengan senarai pesakit ikut IC dan nama, terus ditulis ke Google Sheets. Padanan lemah ditanda untuk semakan.
Imbas buku log SMBG tulisan tangan, bacaan glukosa diekstrak dan bacaan luar julat ditanda untuk susulan.
Scan MyKad, nama, IC dan alamat diisi sendiri lalu disimpan ke Google Sheets klinik.
Pantau kuota CPD 7 hari (42 jam) setiap kakitangan, semakan sister wad dan bajet yuran kursus.
Kehadiran staf, tuntutan OT dan cuti dengan pengesahan WiFi klinik dan mod kiosk di kaunter.
POS dan CRM: imbas barcode guna kamera telefon atau scanner, syif & laci tunai, mata ganjaran dan laporan untung rugi.
Invois automatik yang terus potong stok, rekod jualan dan pelanggan, serta laporan untung rugi harian.
Inventori FIFO dengan penjejakan batch, amaran tarikh luput dan stok kritikal.
Masterlist projek TOR, EIA, EMP, post monitoring dan audit. Admin pantau progres setiap staf, jadual lapangan, laporan belum siap dan status invois.
Jejak projek, baki tertunggak dan ansuran bulanan. Hantar peringatan bayaran ke WhatsApp dengan satu klik.
Invois digital ikut format e-Invois LHDN, semakan TIN & BRN, SST dan PDF segera.
Harga bermula dari RM300 dan bergantung pada kerumitan proses — makin rumit, makin tinggi kos. Tiga pakej di bawah ialah anggaran permulaan.
Untuk proses ringkas yang masih dibuat secara manual.
Untuk proses yang melibatkan beberapa langkah dan laporan.
Untuk proses kompleks, ramai pengguna atau perlukan integrasi.
Good software should make everyday work simpler — for the people who actually use it.
“Sistem yang Pn Hayati buat menyenangkan MO & staf untuk ambil TCA pakar. Guna handset boleh terus ambil, tak perlu guna buku manual. Lepas tu FMS boleh monitor terus berapa pesakit ikut tarikh TCA, consulted case dan berapa orang yang hadir. Terbaik!”
“Overall sistem yang dibuat memang on top 👍 After sales service pun memang bagus dan boleh request anything je, settle dalam 24 jam.”
Kepercayaan dibina melalui hasil kerja yang berfungsi dan komunikasi yang telus.
“Sistem yang Pn Hayati buat menyenangkan MO & staf untuk ambil TCA pakar. Guna handset boleh terus ambil, tak perlu guna buku manual. Lepas tu FMS boleh monitor terus berapa pesakit ikut tarikh TCA, consulted case dan berapa orang yang hadir. Terbaik!”
“Overall sistem yang dibuat memang on top 👍 After sales service pun memang bagus dan boleh request anything je, settle dalam 24 jam.”
“Sistem makmal ni sangat memudahkan saya yang kerja seorang-seorang. Carian rekod pesakit dan kiraan reten bulanan, harian & rejection semua di hujung jari je. Terima kasih sebab cipta sistem macam yang saya nak.”
Ceritakan workflow anda. Saya akan bantu tentukan sama ada ia boleh dijadikan sistem atau automasi yang menjimatkan masa anda dan pasukan.
Tiada komitmen untuk bertanya • Perbincangan santai mengikut keperluan sebenar organisasi anda
Sistem Kehadiran, Giliran & Operasi Klinik Bersepadu
Roster kakitangan bertugas hari ini. Anda boleh menguji fungsi tukar status bertugas / rehat.